{"id":10279,"date":"2026-01-24T09:12:00","date_gmt":"2026-01-24T01:12:00","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10279"},"modified":"2026-01-24T21:02:43","modified_gmt":"2026-01-24T13:02:43","slug":"pengguna-aadi-kuala-terengganu-kuala-nerus-mengadu-bekalan-air-berasa-payau-masin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10279","title":{"rendered":"Pengguna di Kuala Terengganu, Kuala Nerus mengadu bekalan air berasa payau, masin"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Kira-kira 38,500 akaun pengguna di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus terjejas sementara selain terdapat penduduk yang me\u00adngadu bekalan air paip disalurkan di rumah mereka sejak awal minggu ini berasa payau dan kadangkala masin.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mendakwa rasa air bersih dibekalkan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) tersebut di luar kebiasaan sekali gus kurang sesuai untuk diminum dan memasak.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang pengusaha kedai makan, Norizan Mat Yusof, 60, mendakwa, ramai pelanggannya merungut air minuman seperti kopi, teh dan milo yang dihidang payau dan masin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRamai pelanggan tidak menghabiskan minuman yang dipesan dan merungut kepada saya dan pekerja. Saya cuba mengatasinya dengan menambah serbuk kopi atau teh dalam minuman dipesan, namun air itu tetap payau,\u201d dakwanya ketika ditemui di Kampung Telaga Daing, di sini semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dia terpaksa mengambil inisiatif membuat minuman pelanggan dengan menggunakan air mineral bagi mengatasi masalah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Dakwanya, biarpun terpaksa mengeluarkan kos tambahan, ia terpaksa dilakukan bagi menge\u00adlakkan kehilangan pelanggan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang suri rumah, Nur Fa\u00adkhira Mohammed, 27, pula mendakwa, dia dan ahli keluar\u00adganya tidak selesa berkumur dan menggosok gigi dengan air paip payau terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRasa air paip itu tidak berubah tetap payau walaupun dimasak atau disaring dengan menggunakan penapis air,\u201d dakwanya yang menetap di Kampung Losong Feri, di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi penduduk, Mohd. Sidi Abdul Ghani, 60, pula mendakwa, dia terpaksa membeli banyak air mineral setelah ahli keluarganya enggan menggunakan air paip yang berasa payau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak pasal-pasal saya terpaksa menambah kos perbelanjaan keluarga dengan membeli air mineral biarpun bekalan air tidak terputus pun. Mohon Satu memberi penjelasan dan selesaikan masalah ini dengan segera,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Abdul Karim Endut berkata, bekalan air bersih di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus menjadi payau pada masa ini disebabkan penerobosan air laut yang memasuki Sungai Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, senario di\u00adsebabkan fenomena air pasang besar itu telah memberi kesan terhadap proses rawatan air di Muka Sauk Pulau Musang yang terletak kira-kira lapan kilometer dari muara Sungai Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBekalan air bersih payau ini telah menyebabkan kira-kira 38,500 akaun pengguna di dua daerah tersebut terkesan buat sementara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita telah ambil langkah meningkatkan kuantiti air Su\u00adngai Terengganu bagi mencairkan kemasinan menerusi pelepasan air dari Empangan Kenyir, Hulu Terengganu dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB),\u201d katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjangkakan kualiti air paip pengguna terjejas akan menjadi baik tanpa rasa payau selepas berakhirnya fenomena air pasang besar hari ini. &#8211; Kosmo<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Kira-kira 38,500 akaun pengguna di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus terjejas sementara selain terdapat penduduk yang me\u00adngadu bekalan air paip disalurkan di rumah mereka sejak awal minggu&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10278,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[229,2772,1989],"class_list":["post-10279","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-air","tag-payau","tag-satu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10279","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10279"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10279\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10289,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10279\/revisions\/10289"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10278"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10279"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10279"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10279"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}