{"id":10273,"date":"2026-01-24T07:56:46","date_gmt":"2026-01-23T23:56:46","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10273"},"modified":"2026-01-24T07:57:18","modified_gmt":"2026-01-23T23:57:18","slug":"nahas-korbankan-15-penuntut-upsi-kelajuan-bas-dianggar-114-7km-j-jauh-melebihi-had-laporan-akhir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10273","title":{"rendered":"Nahas korbankan 15 penuntut UPSI: Kelajuan bas dianggar 114.7km\/j, jauh melebihi had &#8211; Laporan akhir"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Hasil analisis video mendapati bas persiaran yang terbabit kemalangan sehingga meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun tahun lalu, dianggarkan bergerak pada kelajuan kira-kira 114.7 kilometer sejam (km\/j).<\/p>\n\n\n\n<p>Kelajuan itu adalah melampaui had kestabilan selamat kenderaan bagi laluan lokasi kejadian di Kilometer 53 Jalan Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik), Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Laporan Akhir Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan oleh Pasukan Petugas Khas bawah Kementerian Pengangkutan (MOT), laluan di lokasi itu direka bentuk untuk kelajuan kira-kira 70km\/j, dengan had laju mengikut peraturan ditetapkan pada 60km\/j.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hasil analisis menunjukkan bas itu telah bergerak pada kelajuan jauh melebihi kedua-dua kelajuan reka bentuk dan had laju dibenarkan, sekali gus melampaui had kestabilan selamat kenderaan pada laluan berkenaan ketika kejadian,&#8221; menurut laporan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakaman video daripada kenderaan awam yang berada berhampiran lokasi kejadian telah digunakan sebagai satu kaedah bebas untuk menganggarkan kelajuan bas itu ketika insiden.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan itu turut memaklumkan, bas terbabit tidak dilengkapi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), Peranti Mengehad Laju (SLD) mahupun kamera papan pemuka kenderaan, menyebabkan tiada rakaman dalaman kenderaan tersedia.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan itu turut menyatakan penggunaan brek secara agresif pada kelajuan tinggi menyebabkan peningkatan suhu komponen brek secara mendadak, sekali gus mengurangkan keberkesanan brek secara progresif.<\/p>\n\n\n\n<p>Gabungan kegagalan brek dan kelajuan berlebihan itu menyebabkan bas terbabit hilang kestabilan, tergelincir serta terbalik sebelum melanggar penghadang jalan jenis W-beam dan merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut laporan itu lagi, penembusan penghadang ke dalam kabin bas dikenal pasti sebagai mekanisme utama yang meningkatkan tahap kecederaan dan kematian penumpang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, hasil ujian toksikologi mengesahkan pemandu bas itu tidak berada bawah pengaruh alkohol, dadah atau bahan terlarang ketika kemalangan berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasil siasatan turut mendapati kerja penyelenggaraan bas itu dijalankan oleh bengkel yang tidak tersenarai sebagai bengkel bertauliah, termasuk bagi kerja kritikal membabitkan sistem brek dan hab roda.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Rekod Pemeriksaan Berkala Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menunjukkan bas itu lulus pemeriksaan di PUSPAKOM Kota Bharu pada 13 April 2025 dengan kecekapan brek keseluruhan direkodkan pada 59 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun, ujian statik berkenaan tidak mampu mengesan potensi berlakunya fenomena&nbsp;<em>brake fade<\/em>&nbsp;dalam keadaan beban dan kelajuan tinggi,&#8221; menurut laporan itu. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Hasil analisis video mendapati bas persiaran yang terbabit kemalangan sehingga meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun tahun lalu, dianggarkan bergerak pada kelajuan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10272,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[301,97,1386,1082],"class_list":["post-10273","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-bas","tag-kemalangan","tag-laju","tag-upsi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10273","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10273"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10273\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10274,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10273\/revisions\/10274"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10272"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10273"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10273"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10273"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}