{"id":10174,"date":"2026-01-16T16:24:57","date_gmt":"2026-01-16T08:24:57","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10174"},"modified":"2026-01-16T16:25:41","modified_gmt":"2026-01-16T08:25:41","slug":"harrif-mahu-tumpu-bidang-kejurulatihan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10174","title":{"rendered":"Harrif mahu tumpu bidang kejurulatihan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Pelumba sensasi negara, Harrif Saleh, secara rasmi mengumumkan persaraannya sebagai pelumba profesional selepas 15 tahun mencurahkan bakti bersama Terengganu Cycling Team (TSG).\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Harrif yang mesra disapa \u2018Mamat\u2019 itu mula terbabit dalam sukan berbasikal sejak tahun 2008 sebelum menyertai TSG sejak awal penubuhan pasukan berbasikal bertaraf benua itu tiga tahun kemudian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong saya. Pengurusan TSG dan keluarga juga banyak membantu jatuh bangun sehingga saya berada di tahap ini,\u201d katanya ketika ditemui di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Harrif berkata, bukan mudah mewakili TSG, namun peluang diberikan telah&nbsp; dimanfaatkan sebaiknya hasil dorongan penyokong dan rakan sepasukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Harrif berkata, beliau tidak akan meninggalkan arena berbasikal sepenuhnya apabila akan terus bersama TSG sebagai duta pasukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berhasrat membantu barisan kejurulatihan dalam membimbing bakat muda.&nbsp;Perjuangan bersama TSG tidak terhenti dengan persaraan ini kerana saya akan terus bersama pasukan bagi membantu pembangunan pelumba tempatan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Harrif juga tidak menolak kemungkinan akan menyertai kejohanan tempatan secara terpilih dengan tujuan memberi saingan sihat kepada pelumba muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang kariernya, beliau mencatat pelbagai pencapaian membanggakan termasuk memenangi tiga peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) pada 2019 dan 2020, sekali gus mencipta rekod kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Harrif juga mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama menjuarai perlumbaan jalan raya berstatus Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Eropah menerusi kemenangan dalam Grand Prix (GP) Velo Manavgat pada 2021.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai pemenang empat pingat emas Sukan SEA, Harrif dikenali sebagai antara pelumba lebuh raya terbaik pernah dimiliki negara selain figura digeruni di Asia Tenggara. &#8211; Kosmo<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Pelumba sensasi negara, Harrif Saleh, secara rasmi mengumumkan persaraannya sebagai pelumba profesional selepas 15 tahun mencurahkan bakti bersama Terengganu Cycling Team (TSG).\u00a0 Harrif yang mesra disapa \u2018Mamat\u2019 itu&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10173,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[53],"tags":[251,1019,2746,2715],"class_list":["post-10174","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan","tag-basikal","tag-bersara","tag-harris","tag-jurulatih"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10174","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10174"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10174\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10175,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10174\/revisions\/10175"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10173"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10174"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10174"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10174"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}