{"id":10156,"date":"2026-01-14T21:27:44","date_gmt":"2026-01-14T13:27:44","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10156"},"modified":"2026-01-14T21:30:16","modified_gmt":"2026-01-14T13:30:16","slug":"akar-umbi-umno-masih-khuatir-kerjasama-dengan-dap-ahmad-said","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10156","title":{"rendered":"Akar umbi UMNO masih khuatir kerjasama dengan DAP &#8211; Ahmad Said"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR &#8211; Sentimen khuatir dengan kerjasama DAP menjadi antara perkara utama yang masih dibangkitkan akar umbi UMNO ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Said berkata, parti perlu menangani segera isu tersebut sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan beberapa siri pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan dalam masa terdekat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita harap kali ini prestasi BN bertambah baik di Johor dan juga Melaka kerana dengan kemenangan besar yang berlaku di kedua-dua negeri ini akan bawa kepada kemenangan seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita juga tidak mahu mengulangi kesilapan dahulu. Contohnya kita menang di Melaka dan Johor tapi apabila pilihan raya umum (PRU) dilewatkan kita tewas (di negeri-negeri lain).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau tengoklah sentimen akar umbi sekarang ini, lebih kepada khuatir kerjasama dengan DAP&#8230; perkara itu banyak dibangkitkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Taklimat Bersama Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, ditanya mengenai peluang untuk UMNO merampas kembali negeri ditadbir pembangkang, Ahmad Said yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata, perkara itu boleh dibuat sekiranya rakyat mahukan perubahan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Justeru katanya, rakyat Terengganu perlu kembali kepada UMNO sekiranya mahu lebih banyak pembangunan dilaksanakan pada masa akan datang.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menambah, ini kerana pengundi di negeri berkenaan berbeza dengan Kelantan yang ditadbir Pas sejak lebih 30 tahun.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mendakwa, selepas Pas mengambil alih pentadbiran Terengganu sejak 2018, tiada perubahan ketara dalam aspek pembangunan kepada kepada rakyat dilaksanakan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak mahu Terengganu menjadi seperti Kelantan. Rakyat Kelantan ini dia suka berpindah atau berhijrah. Kalau di Lembah Klang ini ramai orang Kelantan (yang bekerja dalam pelbagai sektor).<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi (rakyat) Terengganu ni lain sikit. Sikap berhijrah itu kurang,\u201d katanya. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Sentimen khuatir dengan kerjasama DAP menjadi antara perkara utama yang masih dibangkitkan akar umbi UMNO ketika ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Said&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10155,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[2737,787,958,2738,838],"class_list":["post-10156","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahnad","tag-dap","tag-kerjasama","tag-khuatira","tag-said"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10156","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10156"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10156\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10157,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10156\/revisions\/10157"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10155"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10156"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10156"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10156"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}