{"id":10070,"date":"2026-01-08T14:30:21","date_gmt":"2026-01-08T06:30:21","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10070"},"modified":"2026-01-08T14:30:56","modified_gmt":"2026-01-08T06:30:56","slug":"pasport-malaysia-mykad-bakal-berwajah-baharu-miliki-ciri-keselamatan-tinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10070","title":{"rendered":"Pasport Malaysia, MyKad bakal berwajah baharu, miliki ciri keselamatan tinggi"},"content":{"rendered":"\n<p>PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Penambahbaikan dokumen pengenalan diri dengan reka bentuk dan ciri keselamatan baharu itu dibuat bagi memperkukuh tahap keselamatan dokumen berkenaan selaras perubahan teknologi dan keperluan semasa, termasuk membanteras pemalsuan MyKad.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata rakyat tidak perlu berpusu-pusu untuk memperbaharui pasport dan MyKad mereka kerana ia masih boleh digunakan sehingga tamat tempoh.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pelaksanaan ini antara pencapaian penting kerajaan dalam usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan diri dan perjalanan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ketika ini, pasport Malaysia berada di kedudukan ketiga paling dipercayai di dunia, diukur berdasarkan tahap kebebasan perjalanan tanpa visa yang dinikmati pemegangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun, kita akan memiliki pasport berwajah baharu untuk rakyat Malaysia dalam tempoh enam bulan dari sekarang dengan ciri keselamatan diperketatkan,&#8221; katanya pada sidang media Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Saifuddin berkata, beliau diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban bersama Awang Alik, semalam, mengenai status kebolehpercayaan pasport Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Awang Alik akan membantu memastikan semua prasyarat bagi mencapai sasaran mengeluarkan pasport dan kad pengenalan itu dapat dipenuhi mengikut garis masa ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selepas satu tempoh tertentu, kita mempunyai tanggungjawab untuk memperkenalkan ciri baharu pada dokumen pengenalan diri yang lebih selamat dan relevan dengan peredaran zaman,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi. Penambahbaikan dokumen pengenalan diri dengan reka bentuk dan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10069,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[1023,2722,794,2344,863],"class_list":["post-10070","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-baharu","tag-berwajah","tag-kad","tag-pasport","tag-pengenalan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10070","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10070"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10070\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10071,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10070\/revisions\/10071"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10069"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10070"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10070"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10070"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}