{"id":10005,"date":"2026-01-04T14:25:55","date_gmt":"2026-01-04T06:25:55","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10005"},"modified":"2026-01-04T14:26:42","modified_gmt":"2026-01-04T06:26:42","slug":"ibu-sebak-anak-baru-setahun-bakal-hilang-kedua-dua-mata-akibat-kanser","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10005","title":{"rendered":"Ibu sebak, anak baru setahun bakal hilang kedua-dua mata akibat kanser"},"content":{"rendered":"\n<p>SETIU: Ketika usianya baru mencecah setahun enam bulan, Mohamad Aisy Naufal Mohd Fathli berdepan ujian berat apabila bakal kehilangan dua mata yang terpaksa dibuang akibat kanser mata tahap empat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Adam dalam kalangan keluarganya itu turut berdepan dengan kekangan kewangan untuk kos pembedahan dan rawatan susulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ibunya, Nurul Hidayah Rosdi, 33, berkata, dia mengetahui anaknya mengidap kanser selepas membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada Oktober 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sebelum ini anak bongsu daripada tiga beradik itu dilahirkan normal pada Julai 2024 serta tidak pernah menunjukkan sebarang masalah kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun ketika dalam pantang saya perasan bola mata sebelah kiri Adam tidak begitu kelihatan tetapi menganggap itu normal kerana masih kecil.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya mula tergerak hati untuk membuat pemeriksaan di hospital apabila mata Adam bengkak,&#8221; katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Grebar, Guntung di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Nurul Hidayah, doktor mengesahkan anaknya mengidap kanser mata tahap empat dan perlu menjalani rawatan segera.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dalam tempoh setahun kedua-dua mata Adam bergilir-gilir bengkak tetapi kembali kecut tidak lama kemudian. Tetapi kini mata kirinya pula bengkak teruk.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Doktor memaklumkan Adam perlu menjalani rawatan kemoterapi sebelum dan selepas pembedahan membuang bebola mata di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan pada tahun ini,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Nurul Hidayah berkata, pada awalnya dia berat hati untuk membenarkan anaknya menjalani rawatan kemoterapi namun sokongan positif keluarga dia kuatkan semangat untuk melihat anaknya sembuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dia dan suami Mohd Fathli Abd Ghani, 38, hanya bergantung kepada pendapatan kerja kampung serta menjual burger untuk menampung keperluan keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya sendiri turut mempunyai masalah kesihatan batu dalam hempedu dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang &#8216;stent&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun saya terpaksa tangguh dahulu rawatan kerana mahu menumpukan perhatian kepada anak.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Setakat ini saya difahamkan kos pembedahan dan rawatan susulan Adam dianggarkan lebih RM10,000 dan jumlah itu agak membebankan bagi kami,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB 7622345311 milik Nurul Hidayah Rosdi. &#8211; Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SETIU: Ketika usianya baru mencecah setahun enam bulan, Mohamad Aisy Naufal Mohd Fathli berdepan ujian berat apabila bakal kehilangan dua mata yang terpaksa dibuang akibat kanser mata tahap empat. Bukan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10004,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[114,1699,211,1785,2708,2602],"class_list":["post-10005","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-anak","tag-bakal","tag-hilang","tag-mata","tag-setahun","tag-usia"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10005","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10005"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10005\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10006,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10005\/revisions\/10006"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10004"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10005"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10005"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10005"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}